Skip to main content
Berita TempatanSabah

Ekspo Antarabangsa Sabah 2016 Pamer Produk Terbaik Dunia

By 16 September 2016Tiada komen3 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Oleh: Asmidar Zainol & Azman Jumat (Sabah)

KOTA KINABALU, 16 Sept (Malaysiaktif) – “Penglibatan dalam Ekspo Antarabangsa Sabah (SIE2016) membuka peluang kepada saya untuk mempromosi produk yang dihasilkan daripada pokok pisang (Abaca) yang hanya terdapat di Filipina.”

Pengusaha Jaymark Handicrafts, Maria Nelia Malahay, 43 berkata SIE 2016 merupakan suatu program yang amat dinantikan.

Tambahnya, pokok-pokok pisang ini dituai untuk mendapatkan seratnya yang juga dikenali sebagai abaca fiber atau Manila hemp.

“Manila hemp boleh digunakan untuk menghasilkan kraf tangan seperti gubahan bunga, hiasan pin tudung, pembalut hadiah, tikar dan sebagainya,” terangnya kepada media.

Sejak penubuhannya pada 14 tahun lalu, kerajaan negeri menyokong penuh penganjuran SIE yang berjaya mengangkat Sabah kepada dunia untuk menarik pelaburan asing ke negara ini.

Sementara itu, bagi Abdul Hamid Majid, 62,? yang mewakili Kinabalu North Shipyard & Maritime Sdn Bhd, penyertaan syarikat tersebut merupakan kali pertama bertujuan memperkenalkan syarikat dan perkhidmatan mereka kepada pemilik-pemilik kapal.

“Kami memberi pendedahan kepada pemilik kapal bahawa syarikat kami mempunyai fasiliti dan kemahiran untuk menyelenggara dan juga membaiki kapal-kapal laut di negeri ini,” ujarnya.

peserta turut berpeluang mengambil bahagian dalam acara menari Tarian Magunatip.

Peserta turut berpeluang mengambil bahagian dalam acara menari Tarian Magunatip.

Berkecimpung selama 43 tahun dalam bidang berkaitan, Hamid berharap melalui SIE2016, akan membantu mereka untuk memperkenalkan perkhidmatan syarikat tersebut kepada pihak luar dan secara tidak langsung dapat merancakkan lagi ekonomi Malaysia khususnya di Sabah.

Terdahulu, Ketua Menteri, Musa Hj Aman berkata, ekonomi Sabah 2016 kekal berdaya tahan dengan pertumbuhan ekonomi sekitar 3.5 hingga 4.5 peratus walaupun kadar pertumbuhan ekonomi Asia dan global agak perlahan.

“Sabah kaya dengan sumber asli seperti minyak mentah, minyak sawit dan hasil hutan yang masih mempunyai permintaan yang tinggi di dunia.

“Walaupun harga petroleum dunia jatuh mendadak, jumlah eksport petroleum mentah di negeri ini meningkat sebanyak 45.3% kepada RM10.4 bilion dalam tempoh lapan bulan pertama 2015 berbanding tempoh yang sama pada 2014,” jelasnya.?

Musa berkata demikian pada Majlis Perasmian dan Makan Malam Ekspo Antarabangsa Sabah (SIE) 2016 anjuran Kerajaan Negeri Sabah di salah sebuah hotel terkemuka di sini?, pada Rabu malam.

Teks ucapannya dibaca oleh Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Pembangunan Industri, Datuk Seri Panglima Raymon Tan Shu Kiah.

?Menurut Musa, ?bertem?akan ‘Sabah as the Hub for the Far East’ SIE2016?, kerajaan? telah melakukan perubahan melalui penyusunan semula dan mempelbagaikan bidang ekonomi daripada hanya bergantung kepada eksport utama??, kini dimajukan dengan memberi tumpuan kepada kepentingan untuk menambah nilai produk dan perkhidmatan serta pengetahuan.

SF

Tinggalkan komen anda