Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanMelaka

Penantian 15 Tahun Berakhir, 95 Generasi Kedua Felda Terima PTK

By 5 Disember 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhammad Zarul Afify/Faez Daniel Eddie Syahreen

JASIN, 5 Dis (MalaysiaAktif) – Kerajaan negeri Melaka hari ini menyerahkan 95 Surat Kelulusan Permohonan Tanah Kerajaan (PTK) dan Notis 5A kepada generasi kedua Felda Tun Ghafar Bukit Senggeh, di sini sebagai komitmen memastikan rakyat memiliki tanah sendiri melalui proses yang lebih teratur dan inklusif.

Ketua Menteri Melaka, berkata kerajaan negeri akan  memastikan rakyat Melaka lebih mudah dan mampu memiliki tanah.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata sebanyak 147 permohonan tanah di daerah Jasin telah diluluskan sepanjang tahun ini termasuk seorang penerima yang menunggu sehingga 15 tahun sebelum memperoleh kelulusan. berkenaan.

Manurutnya, usaha tersebut membuktikan kecekapan pentadbiran tanah negeri dan keprihatinan kerajaan negeri terhadap keperluan rakyat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Asahan Datuk Fairul Nizam Roslan ketika menyampaikan ucapan.

“Kerajaan negeri turut menetapkan kadar premium tanah yang jauh lebih rendah daripada harga pasaran iaitu antara RM13,000 hingga RM29,000 mengikut keluasan, selain menawarkan diskaun khas lima peratus bagi bayaran penuh dalam tempoh tiga bulan tanpa sebarang permohonan lanjutan atau rayuan pengurangan premium.

“Inisiatif ini selaras dengan agenda Demi Rakyat Untuk Rakyat dalam memastikan rakyat Melaka lebih mudah dan mampu memiliki tanah, sekali gus menyokong pembangunan negeri yang lebih sejahtera dan mampan,” katanya, di sini hari ini

-RI

Tinggalkan komen anda