Skip to main content
Berita UtaraBerita TempatanKedah

Konvokesyen Tabika, Taska Perpaduan Raikan 435 Pelajar

By 6 Disember 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Lapoaran/foto: Suraya Baharudin/Noor Faeizah Ahamad

ALOR SETAR, 6 Dis (MalaysiaAktif) – Seramai 435 pelajar dari Tabika Perpaduan dan Taska Perpaduan Daerah Kota Setar, Padang Terap dan Pokok Sena diraikan dalam Majlis Konvokesyen 2025, di Dewan KIA, di sini kelmarin.

Penyampaian Sijil Graduasi oleh Teh Swee Leong menjadi detik bermakna buat anak-anak.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Darul Aman Teh Swee Leong, menzahirkan komitmen terhadap pendidikan awal berteraskan perpaduan, nilai murni dan kelestarian alam.

“Kanak-kanak ini adalah pewaris masa depan. Mereka bukan hanya diasuh dengan ilmu asas, tetapi dibimbing dengan nilai perpaduan yang menjadi teras keharmonian negara,” katanya dalam ucapan perasmian.

Teh Swee Leong turut menyampaikan sijil graduasi kepada pelajar berusia enam tahun, termasuk 60 graduan enam tahun yang diperakui sebagai tanda kejayaan pendidikan asas perpaduan. Menurut beliau, kejayaan itu membuktikan keberkesanan pendekatan pendidikan awal di Tabika dan Taska Perpaduan di ketiga-tiga daerah berkenaan.

Kehadiran dan sokongan padu ibu bapa dalam majlis ini menjadi kunci kejayaan anak-anak.

Konvokesyen kali ini juga menampilkan slot khas daripada Trash4Cash, sebuah inisiatif komuniti yang mempromosikan pendidikan kelestarian melalui aktiviti kitar semula.

Inisiatif tersebut bukan sahaja memupuk budaya kelestarian dalam kalangan murid, malah meningkatkan kesedaran terhadap penjagaan alam sekitar sejak usia awal.

Dengan penganjuran program meriah dan sarat nilai ini, Konvokesyen 2025 Tabika dan Taska Perpaduan Kota Setar, Padang Terap dan Pokok Sena terus memperkukuh komitmen untuk melahirkan generasi masa depan yang berdaya saing, berjiwa perpaduan dan peka terhadap kelestarian alam.

-RI

Tinggalkan komen anda