Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Pulau Temelong Berpotensi Besar Jadi Destinasi Rekreasi Baharu Lenggong

By 8 Disember 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Lapora/foto: Sarah Nur Saad (Perak)/Facebook Shamsul Anuar Nasarah

LENGGONG, 8 Dis (MalaysiaAktif) – Pulau Temelong di Kampung Temelong mempunyai potensi besar untuk dibangunkan sebagai destinasi rekreasi dan pelancongan desa baharu bagi daerah Lenggong.

Keindahan alam semula jadi di lokasi tersebut khususnya yang berasaskan aktiviti air, menjadi kelebihan utama dalam usaha pembangunannya, sekali gus mengangkat Kampung Temelong sebagai Kampung Angkat MADANI (KAM) Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN).

Sesi penyempurnaan Majlis Peluncuran Kampung Angkat MADANI Kampung Temelong.

Menurut kenyataan daripada Unit Komunikasi Korporat (UKK) JBSN Kementerian Belia dan Sukan (KBS), hampir RM1 juta peruntukan telah diterima bagi menyempurnakan 10 skop kerja di kawasan itu.

Inisiatif pembangunan itu katanya dijangka akan menjadi pemacu pertumbuhan pelancongan desa dan peluang ekonomi setempat.

Antara skop kerja yang dilaksanakan termasuk naik taraf kemudahan asas seperti pembaikan geladak (deck), jeti, jalan dan gabion, serta penaiktarafan tandas, tapak perkhemahan, dewan, dan surau terbuka.

Turut dilaksanakan ialah pemasangan baharu lampu solar dan papan tanda, serta penyelenggaraan landskap bagi memastikan kawasan lebih teratur, selamat dan kondusif untuk pengunjung.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah pada Majlis Peluncuran Kampung Angkat MADANI di Kampung Temelong, di sini semalam menyifatkan inisiatif KAM sebagai langkah tepat dalam memastikan masyarakat luar bandar tidak tercicir daripada arus pembangunan.

Sesi bergambar.

Tambahnya, selain Kampung Temelong dan Kampung Beng yang dikenali sebagai ‘Mini Amazon Malaysia’ turut terlibat dalam inisiatif ini yang dikendalikan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Sementara itu, Ketua Pengarah JBSN Azura Abidin berkata pembangunan itu mencerminkan komitmen kerajaan dalam memastikan komuniti luar bandar turut menikmati pembangunan yang inklusif.

“Permintaan tinggi terhadap aktiviti seperti berkayak, berakit, dan memancing turut memacu reputasi Pulau Temelong sebagai tapak rekreasi pilihan,” katanya.

Beliau menambah penyertaan aktif belia dalam pembangunan Kampung Temelong adalah bertepatan dengan Indeks Belia Malaysia (IBM) yang menekankan pembangunan sosial, peluang pekerjaan dan penyertaan komuniti.

-RI

Tinggalkan komen anda