
Laporan/foto: M Zakry Chan/Facebook Fairul Nizam Roslan Along
ASAHAN, 9 Dis (MalaysiaAktif) – Komuniti Orang Asli di sini terus mendapat perhatian sewajarnya menerusi Program Cakna ‘Orang Kita’ (OK), semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asahan Datuk Fairul Nizam Roslan ketika menyantuni Wong Sang Yen.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asahan Datuk Fairul Nizam Roslan berkata menerusi program tersebut pihaknya telah mengadakan kunjungan Ziarah Kasih ke rumah Wong Sang Yen, 30-an, sebelum melawat projek tanaman pisang yang diusahakan penduduk kampung sebagai antara inisiatif meningkatkan ekonomi setempat.
“Hari ni juga saya merasmikan Balai Raya Kampung Orang Asli (KOA) Bukit Seraya, sebuah kemudahan baharu yang pastinya akan menjadi pusat aktiviti dan penyatuan masyarakat Orang Asli di sini.
“Tahniah kepada pihak Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) atas usaha penganjuran program ini serta komitmen berterusan dalam menjaga kebajikan dan pembangunan komuniti Orang Asli. Semoga segala inisiatif yang digerakkan membawa lebih banyak manfaat dan kesejahteraan kepada penduduk Kampung Bukit Seraya,” katanya ketika merasmikan program tersebut, di sini semalam.
-RI





