Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanJohor

12,190 Penjawat Awam Persekutuan Muar Terima Insentif Khas RM500

By 9 Disember 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Syed Mohd Adib Syed Hassan/Mohd Faizal Daros (Muar)

MUAR, 9 Dis (MalaysiaAktif) – Seramai 12,190 penjawat awam Persekutuan di daerah ini mula menerima insentif khas berjumlah RM500 yang disalurkan oleh kerajaan negeri Johor bermula hari ini hingga Sabtu ini bagi Fasa 1 pelaksanaannya.

Mohd Noh hadir bersama rakan sekerja untuk mengambil isentif khas Kerajaan Negeri Johor.

Bagi Fasa 2, penyerahan rasmi insentif berkenaan dijadualkan pada Februari tahun hadapan.

Seorang kakitangan Pejabat Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) Daerah Muar Mohd Noh Isa, 43, menzahirkan penghargaan kepada Menteri Besar Johor (Datuk Onn Hafiz Ghazi) atas bantuan yang diberikan kepada penjawat awam Persekutuan yang berkhidmat di negeri ini.

“Bantuan kewangan ini akan saya simpan untuk keperluan persekolahan anak menjelang awal tahun depan,” katanya ketika ditemui di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, di sini hari ini.

Bagi Nurfarani Mohd Nasir, 41, yang bertugas di Pejabat Penerangan Daerah Muar, insentif tersebut memberi ruang kepadanya membuat persiapan lebih awal bagi persekolahan anak-anak serta menghadapi sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun hadapan.

Petugas-petugas di kaunter bayaran terdiri daripada Kakitangan Pejabat Daerah Muar.

Kerajaan Johor sebelum ini mengumumkan pemberian bantuan khas berkenaan ketika pembentangan Belanjawan Johor 2026 di Dewan Undangan Negeri (DUN).

Insentif ini merupakan pemberian pertama dalam sejarah kerajaan negeri melibatkan penjawat awam Persekutuan, dengan keseluruhan peruntukan berjumlah RM70.1 juta.

Turut hadir Penolong Pegawai Daerah Muar Raja Khoirul Amirrullah Raja Leman dan Pegawai Penerangan Daerah Muar Fairuzan Abdul Majid.

-RI

Tinggalkan komen anda