
Laporan/foto: Mohd Rafezan Shawal (Johor Bahru)/Facebook KPKT Malaysia
JOHOR BAHRU, 10 Dis (MalaysiaAktif) – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) berjaya membina lebih 500,000 unit Rumah Mampu Milik (RMM) sekali gus melepasi sasaran Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) tahun ini.

Nga, berkata kejayaan ini hasil kerjasama kerajaan Persekutuan, negeri dan pemaju swasta serta reformasi perumahan KPKT.
Menteriny Nga Kor Ming berkata pencapaian setakat 30 September lepas merangkumi RMM telah siap dan ada yang sedang dalam pembinaan serta menunggu status kelulusan merancang.
“Melalui Kerajaan MADANI pimpinan Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim adalah merupakan kerajaan pertama yang berjaya mencipta sejarah atas pencapaian melepasi sasaran membina lebih 500,000 unit RMM di bawah seliaan KPKT,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Sentuhan Kejayaan KPKT dan Penyerahan Kunci Rumah Vista Tiara Johor Bahru Danga Bay, di sini semalam.
Sementara itu, Nga berkata lima mekanisme utama iaitu Perjanjian Jual Beli Secara Elektronik (eSPA), Sistem Pengurusan Berintegrasi Perumahan (HIMS) dan Akaun Pemajuan Perumahan dapat memastikan tiada lagi projek perumahan terbengkalai atau sakit menjelang tahun 2030.

Nga menyerahkan replika kunci kepada penerima rumah semasa Majlis Penyerahan Kunci Rumah Vista Tiara.
“Sebanyak 1,333 projek sakit dan terbengkalai yang melibatkan hampir 160,000 unit rumah telah diselesaikan dan diuruskan oleh KPKT di seluruh negara sejak tempoh tiga tahun ini melalui libat urus bersama kerajaan negeri, pemaju dan lain-lainnya,” katanya.
Turut hadir Ketua Setiausaha KPKT Datuk Wira M. Noor Azman Taib dan Ketua Eksekutif Perbadanan Kemajuan Perumahan Johor (PKPJ) Datin Paduka Suhailizan Suliman.
-RI





