
Laporan/foto: Mohd Rafezan Shawal/PPKBKJB (Johor Bahru)
JOHOR BAHRU, 12 Dis (MalaysiaAktif) – Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) telah mengeal pasti lokasi baharu bagi kerja pemindahan 273 peniaga Bazar Karat, di sini tahun depan.
Datuk Bandar Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) Datuk Mohd Haffiz Ahmad berkata lokasi baharu berkenaan terletak di Jalan Syed Mufti berdekatan dengan pusat pentadbiran kerajaan persekutuan di bandar raya ini.

Pengerusi PPKBKJB Fuad Rahmat, menegaskan komitmen membela peniaga dan memastikan tapak baharu Bazar Karat menjadi nadi baharu Bandaraya Johor Bahru.
“Ketika ini, peniaga Bazar Karat Johor Bahru telah dipindahkan ke lokasi sementara di tapak niaga Jalan Duke sejak 25 November lalu sementara menunggu kerja-kerja naik taraf dijalankan di tapak baharu dan dijangka siap pada pertengahan tahun depan.
“Selain itu, MBJB turut menyediakan tapak untuk peniaga yang dikenalpasti tidak mempunyai lesen di kawasan bandar raya ini,” katanya ketika mengadakan Sesi Townhall Bersama Peniaga Bazar Karat di Menara MBJB, di sini kelmarin.
Sementara itu, Pengerusi Persatuan Pembangunan Kebajikan Bazar Karat Johor Bahru (PPKBKJB) Fuad Rahmat berkata dengan adanya sesi tersebut, peniaga Bazar Karat dapat menyampaikan aduan dan cadangan dan peniaga menerima apa jua bentuk pembangunan oleh MBJB.

Mohd Haffiz beramah mesra bersama peniaga Bazar Karat Johor Bahru setelah selesai sesi dialog awam berkenaan.
“Datuk Bandar telah memaklumkan bahawa projek ini sempena Tahun Melawat Johor 2026. Kawasan tapak lama Bazar Karat di Jalan Segget terdapat banyak landskap yang pecah dan tidak teratur di kawasan bandar serta perlu dibaiki supaya tidak menampakkan kecacatan pemandangan oleh pelancong yang datang.
“Bazar Karat Johor Bahru telah mula dibuka pada 2009 dengan jualan barangan antik dan retro seperti jam tangan, aksesori dan koleksi barangan lama,” katanya.
-RI





