Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanJohor

Perkhidmatan ETS3 Laluan KL Sentral–JB Sentral Bermula Lancar

By 13 Disember 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zahid Othman/KTM Berhad (Johor)

JOHOR BAHRU, 13 Dis (MalaysiaAktif) – Operasi hari pertama perkhidmatan komersial ETS3 berjalan lancar dengan empat perjalanan melibatkan dua tren dari Johor Bahru Sentral ke KL Sentral dan dua lagi dari KL Sentral ke Johor Bahru Sentral.

Azfar, berkata mulai 1 Januari 2026, KTMB akan menambah empat perkhidmatan baharu, menjadikan lapan perjalanan sehari antara JB Sentral dan KL Sentral.

Ketua Kawalan Operasi KTMB Afzar Zakariya, berkata jumlah perkhidmatan itu akan ditingkatkan secara berfasa selaras dengan keperluan semasa serta penyediaan set tren baharu.

“Mulai 1 Januari 2026, KTMB akan menambah empat lagi perkhidmatan, menjadikan lapan perjalanan sehari iaitu empat dari Johor Bahru Sentral dan empat dari KL Sentral.

“Pada Mac 2026, kami akan menambah dua perkhidmatan tambahan, masing-masing bagi laluan JB Sentral–Butterworth–JB Sentral dan JB Sentral–Padang Besar–JB Sentral,” katanya ketika ditemui pada program Meet and Greet pelanggan ETS3 di Stesen JB Sentral, di sini semalam.

Beliau berkata secara keseluruhan KTMB menjangkakan penyediaan 12 perkhidmatan menjelang suku pertama 2026 dengan kemungkinan penambahan tren pada musim kemuncak bagi memenuhi permintaan tinggi.

KTMB turut menjangkakan 1,000 penumpang sehari pada fasa permulaan, dengan unjuran meningkat kepada 3,000 penumpang sehari menjelang Januari tahun hadapan.

Menurut Afzar, kewujudan ETS3 menjadi pemangkin baharu kepada perkhidmatan jarak jauh KTMB dan menyokong agenda pembangunan pengangkutan Johor seperti Projek Sistem Transit Rapid (RTS) Link Johor Bahru-Singapura, Sistem Aliran Transit Automasi (ART) dan inisiatif lain.

“Kami yakin ETS3 akan membuka lebih banyak pilihan mobiliti kepada rakyat Johor serta pelawat dari luar negara yang menggunakan negeri ini sebagai pintu masuk,” katanya.

KTMB turut menjangkakan 1,000 penumpang sehari pada fasa permulaan, dengan unjuran meningkat kepada 3,000 penumpang sehari menjelang Januari tahun hadapan.

Afzar menegaskan KTMB akan terus menilai keperluan operasi dan bersedia menambah perkhidmatan pada musim cuti atau tempoh permintaan tinggi bagi memastikan keselesaan pengguna.

-RI

Tinggalkan komen anda