Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanJohor

‘Rembulan Purnama’ Hab Belia dan Medan Selera Komuniti Sialang

By 22 Disember 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Latifah Salleh/Kartina Saruni (Tangkak)

TANGKAK, 22 Dis (MalaysiaAktif) – Projek Program Sejahtera Komuniti MADANI (SejaTi MADANI) ‘Rembulan Purnama’ yang dibangunkan oleh Komuniti MADANI Sialang kini menjadi mercu tanda baharu bagi pembangunan ekonomi setempat menerusi konsep medan selera dan hab belia di daerah ini.

Syed Ibrahim menekankan kepentingan tadbir urus yang baik dalam mengendalikan projek komuniti bagi memastikan impak yang mampan.

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Syed Ibrahim Syed Noh berkata Komuniti MADANI Sialang merupakan antara lapan komuniti di bawah seliaan Pejabat Penerangan Daerah Tangkak yang berjaya mempelbagaikan inisiatif di bawah program SejaTi MADANI.

“Sekalung tahniah diucapkan kepada Ketua Komuniti Illayasa Mohd, bersama barisan jawatankuasanya yang menunjukkan kesungguhan tinggi bagi merealisasikan projek ini.

“Sebagai Ahli Parlimen Ledang, saya amat bangga dengan pencapaian ini kerana ia bukan sahaja memperkukuh kerjasama komuniti tetapi juga menyediakan ruang produktif buat orang muda di Tangkak,” katanya ketika merasmikan majlis pelancaran projek tersebut, di sini kelmarin.

Syed Ibrahim bersama barisan ahli jawatankuasa Komuniti MADANI Sialang yang bekerjasama merealisasikan Projek Sejati MADANI ‘Rembulan Purnama’.

Dalam majlis yang sama, Syed Ibrahim turut menzahirkan rasa syukur dan penghargaan kepada Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim atas pelantikan beliau sebagai Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam dalam rombakan kabinet baru-baru ini.

Beliau menyifatkan portfolio tersebut sebagai satu amanah besar yang menuntut komitmen tinggi demi kelestarian alam sekitar dan kesejahteraan rakyat secara amnya.

Turut hadir Pengarah Penerangan Negeri Johor Saiful Hisham Mansor dan Pegawai Penerangan Daerah Tangkak Kartina Saruni.

-RI

Tinggalkan komen anda