Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

47 Kanak-Kanak Sertai Jelajah Sunathon X 2025 Masjid Al-Mustaqim

By 22 Disember 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Anuar Che Amat

KANGAR, 22 Dis (MalaysiaAktif) – Seramai 47 orang kanak-kanak telah menyertai program Jelajah Sunathon X Tahun 2025 bertempat di Masjid Al-Mustaqim Seriab, di sini kelmarin.

Majlis Perasmian Jelajah Sunathon X Tahun 2025 di Masjid Al-Mustakim, Seriab.

Pengarah Annura Medical Group Dr. Ahmad Fadhzil Mohamad berkata program edisi keempat anjuran Annura Clinic Medical & Surgery Kangar ini mendapat kerjasama daripada Jawatankuasa Masjid Al-Mustaqim, Pusat Aktiviti Warga Emas, Yayasan Islam Perlis dan Pertubuhan Kebajikan Anak Juang Negeri Perlis.

“Antara objektif program ini adalah menyediakan kemudahan berkhatan untuk anak-anak kariah, asnaf dan anak yatim yang berada di kawasan ini dan ia juga dapat meringankan beban kewangan kepada keluarga yang kurang berkemampuan,” katanya.

Beliau berkata perkarangan masjid ini dipilih kerana persekitaran yang selamat dan selesa untuk prosedur berkhatan.

Sumbangan kepada mangsa banjir.

“Program berkhatan ini juga akan dilangsungkan di dua lagi tempat di negeri Perlis iaitu di Masjid Al-Ariffin, Padang Katong dan Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Guar Syed Alwi,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kangar atas kerjasama yang diberikan.

Sementara itu, turut diadakan penyerahan sumbangan kepada 30 mangsa banjir Perlis baru-baru ini oleh Pertubuhan Kebajikan Anak Juang Negeri Perlis dan Annura Clinic.

-RI

Tinggalkan komen anda