Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanJohor

Pelajar Parlimen Pulai Terima Bantuan Kelengkapan Persekolahan

By 7 Januari 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Rafezan Shawal (Johor Bahru)

JOHOR BAHRU, 7 Jan (MalaysiaAktif) – Lebih 100 pelajar menerima bantuan kelengkapan persekolahan bagi sesi baharu tahun 2026 oleh Pusat Khidmat Wakil Rakyat Parlimen Pulai dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) Johor Bahru, di sini semalam.

Suhaizan, berkata sumbangan sedikit sebanyak dapat membantu persediaan kelengkapan sekolah pada sesi persekolahan tahun ini.

Ahli Parlimen Pulai Suhaizan Kaiat berkata bantuan yang disalurkan itu khusus kepada penerima yang kurang berkemampuan bagi meringankan beban ibu bapa dalam membuat persiapan menjelang sesi akan datang untuk anak-anak mereka.

“Sumbangan ini mendapat kerjasama daripada TNB yang turut menyumbangkan sebanyak RM10,000 bagi kawasan Pulai dan diagihkan kepada ibu bapa pelajar yang layak menikmati bantuan yang disalurkan yang mana penerima akan mendapat RM150 seorang melalui penebusan baucer di pusat pakaian sekolah, Green Point secara one-off (sekali beri),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Ceria ke Sekolah TNB 2026 dan Sumbangan Kelengkapan Sekolah kepada Pelajar di Kawasan Pulai di Pasa Raya Komuniti Amart Kempas, Kempas Johor Bahru, di sini semalam.

Arni Rosnani, berkata nilai RM150 yang diberikan sangat bermakna bagi menyediakan kelengkapan sekolah baharu untuk anak-anaknyanya.

Sementara itu, salah seorang penerima bantuan, Arni Rosnani Abd. Hamid, 47, berkata sumbangan berkenaan ternyata membantu mengurangkan perbelanjaannya dalam menyediakan kelengkapan sekolah baharu untuk anak-anaknya.

“Terima kasih kepada Ahli Parlimen Pulai (Suhaizan Kaiat) dan pengurusan TNB Johor Bahru kerana menyalurkan sumbangan ini kepada golongan yang memerlukan bagi memastikan segala persediaan persekolahan berjalan dapat dilakukan dengan baik dan sempurna,” katanya.

Turut hadir Pengurus Besar TNB Johor Bahru Mohamad Saikon dan Pengurus Bangunan Pasaraya Komuniti Amart Kempas Hamidun Baki Paijan.

-RI

Tinggalkan komen anda