Skip to main content
Berita TempatanSarawak

Bantuan Awal Persekolahan (BAP) Ringankan Beban Ibu Bapa

By 15 Januari 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/Foto: Salleh Bin Immun / Aziq Asyraf Bin Bolhie (MUKAH)

MUKAH, 15 Jan (MalaysiaAktif) – Ibu bapa di sekitar Mukah menarik nafas lega apabila Bantuan Awal Persekolahan (BAP) mula disalurkan secara berperingkat di semua sekolah bermula hari ini.

Rata-rata ibu bapa yang ditemui melahirkan rasa gembira dan teruja dengan penyaluran BAP oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui Jabatan Pendidikan Negeri dan Daerah serta pihak sekolah yang terlibat.

Sukarnu Khalek bersyukur atas BAP yang meringankan beban kewangan keluarga dalampersiapan sekolah anak-anak.

Hasil tinjauan mendapati ramai ibu bapa hadir sendiri ke sekolah bagi mendapatkan bantuan tersebut seperti yang telah dimaklumkan.

Sukarnu Khalek, 43, menyuarakan rasa amat bersyukurnya atas BAP oleh Kerajaan MADANI.

“Saya mempunyai lima orang anak yang menerima BAP hari ini. Secara tidak langsung, bantuan ini banyak membantu meringankan beban kewangan, khususnya dalam pembayaran yuran persekolahan anak-anak saya, terutamanya anak yang berada di Tingkatan 1,” katanya.

Umie  merakamkan ucapan terima kasih kepada PMX dan Kerajaan MADANI atas pelaksanaan BAP yang banyak membantu ibu bapa menyediakan keperluan persekolahan anak-anak.

Sementara itu, Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim memaklumkan sekiranya pemberian BAP sebanyak RM150 secara tunai secara one-off ini dijangka memanfaatkan lebih 5.2 juta murid warganegara, tanpa mengambil kira had pendapatan ibu bapa atau penjaga dengan nilai keseluruhan RM800 juta.

Dalam pada itu, Umie Anak Jose, 34, turut merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada PMX serta Kerajaan MADANI atas pelaksanaan Bantuan Awal Persekolahan ini.

“Terima kasih PMX (panggilan merujuk kepada Anwar) dan Kerajaan MADANI kerana menyediakan BAP ini. Bantuan ini amat membantu kami sebagai ibu bapa yang berdepan kekangan kewangan, terutamanya dalam menyediakan keperluan persekolahan anak-anak,” ujarnya.

Azlina Mos menghargai BAP dan berharap inisiatif ini diteruskan bagi memberi motivasi kepada murid.

Azlina Mos, 45, turut menzahirkan rasa kesyukuran atas pelaksanaan BAP dan berharap agar inisiatif ini diteruskan pada masa akan datang.

“Secara tidak langsung, BAP mampu meningkatkan motivasi dan keyakinan murid apabila segala keperluan persekolahan dapat dilengkapkan dengan mencukupi,” katanya.

“Bantuan ini mencerminkan keprihatinan Kerajaan MADANI terhadap kebajikan dan kesejahteraan murid serta membantu mengurangkan jurang perbezaan antara murid daripada latar belakang ekonomi yang berbeza,” katanya.

Untuk rekod, KPM kini sedang melaksanakan pengagihan BAP secara berperingkat bermula 11 Jan lepas melibatkan murid Tahun 1 hingga Tingkatan 6.

-RJ-

Tinggalkan komen anda