Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanJohor

BAP: Komitmen Kerajaan MADANI Ringankan Beban Ibu Bapa

By 16 Januari 2026Januari 18th, 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Latifah Salleh (Tangkak)

TANGKAK, 16 Jan (MalaysiaAktif) – Inisiatif Bantuan Awal Persekolahan (BAP) yang dilaksanakan secara berterusan membuktikan komitmen Kerajaan MADANI dalam meringankan beban kewangan keluarga bagi memulakan sesi persekolahan baharu.

Seramai 120 pelajar SMK Tun Mamat menerima penyerahan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) bagi meringankan beban kewangan keluarga pada sesi persekolahan kali ini.

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Syed Ibrahim Syed Noh berkata bantuan tersebut merupakan langkah proaktif kerajaan bagi memastikan urusan pendidikan anak-anak berjalan lancar tanpa kekangan kewangan yang meruncing.

“Bantuan ini adalah usaha dan inisiatif Kerajaan MADANI bagi memudahkan urusan keluarga memulakan alam persekolahan anak-anak mereka.

“Sebagai Ahli Parlimen Ledang, saya memahami bahawa pendidikan merupakan tonggak utama dan kerajaan sentiasa mengambil berat demi memastikan proses pembelajaran setiap murid tidak terganggu,” katanya ketika menyempurnakan Majlis Penyampaian BAP di Dewan Aspirasi, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Mamat, di sini hari ini.

Antara ibu bapa yang hadir dalam majlis penyampaian BAP di SMK Tun Mamat

Dalam majlis tersebut, Syed Ibrahim menyampaikan bantuan berkenaan kepada 120 pelajar tingkatan tiga dengan keseluruhan peruntukan berjumlah RM155,555 tanpa mengambil kira had pendapatan isi rumah kasar.

“Kehadiran ibu bapa pada penyerahan BAP hari ini turut mencerminkan komitmen berterusan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dalam menyokong agenda pendidikan negara,” katanya.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pengetua SMK Tun Mamat, Mohd Atan Ali.

-AA-

Tinggalkan komen anda