Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Kampung Santan Selatan Jadi Kampung Angkat MADANI

By 20 Januari 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Anuar Che Amat (Perlis)

PADANG BESAR, 20 Jan (MalaysiaAktif) – Kampung Santan Selatan telah diiktiraf sebagai Kampung Angkat MADANI  dengan peruntukan sebanyak RM1 juta, kata Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Dato’ Sri Suriani Ahmad.

Beliau berkata peruntukan yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan itu menyaksikan pelaksanaan pelbagai projek pembangunan dengan kerjasama Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP).

Pelbagai aktiviti seperti pemeriksaan kesihatan percuma di adakan sepanjang karnival tersebut berlangsung.

“Antaranya ialah menaik taraf kemudahan penting seperti dewan orang, klinik kesihatan, lorong-lorong jalan, sistem saliran air bagi kegunaan sawah serta memastikan akses jalur lebar yang stabil.

“Program Kampung Angkat MADANI merupakan usaha Kerajaan Persekutuan yang sangat penting dalam membantu penduduk luar bandar menyelesaikan isu harian yang dihadapi, termasuk masalah sosial serta kekurangan kemudahan asas dan infrastruktur,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Karnival MADANI: Menyemai Kasih Menyantuni Komuniti anjuran KKM yang bertujuan mendekatkan perkhidmatan kerajaan kepada rakyat dengan menghimpunkan pelbagi agensi kerajaan di Perlis di bawah satu bumbung.

Raja Muda Perlis dan Raja Puan Muda Perlis berkenan melawat Bilik Rawatan yang terdapat di Sekolah Kebangsaan Santan.

Majlis peluncuran pengiktirafan itu telah disempurnakan Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Turut berkena berangkat, Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajjah Lailatul Shareen Akashah Khalil.

Sementara itu, Sekolah Kebangsaan Santan turut terpilih sebagai Sekolah Angkat MADANI membabitkan peruntukan sebanyak RM100,000.

Suriani berkata karnival dua hari di kampung berkenaan turut mempromosikan gaya hidup sihat dan kebersamaan melalui penganjuran pelbagai aktiviti seperti Fun Run @ Batas Ban, Kayuhan Basikal, Langkah Sihat serta sukan rakyat yang berfungsi mengeratkan silaturahim dan mengukuhkan perpaduan dalam kalangan masyarakat.

-RI

Tinggalkan komen anda