Skip to main content
JohorBerita SelatanBerita Tempatan

Rianlon Corporation Labur RM1.27 Bilion Buka Kilang di Johor

By 20 Januari 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Rafezan Shawal/Facebook Lee Ting Han (Johor Bahru)

JOHOR BAHRU, 20 Jan (MalaysiaAktif) – Johor menerima peluang pelaburan baharu berjumlah hampir RM1.27 bilion apabila sebuah syarikat kimia khusus bagi produk kosmetik membina pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta kilang pengeluaran moden di Tanjung Langsat, Pasir Gudang.

Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia negeri Lee Ting Han, berkata syarikat Rianlon Corporation dari China itu merupakan antara peneraju utama dalam sektor kimia dengan pelaburannya dibahagikan kepada dua fasa.

Onn Hafiz (lima dari kanan) merasmikan Majlis Pecah Tanah Rianlon Corporation di Tanjung Langsat bersama barisan tetamu kehormat, semalam.

“Fasa pertama membabitkan pelaburan RM820 juta dalam menghasilkan bahan kimia untuk kegunaan produk kosmetik seperti pelindung suria dan produk anti penuaan.

“Manakala, fasa kedua pula mereka akan bekerjasama dengan satu syarikat dari United Kingdom, Infineum International Limited untuk menghasilkan produk pelincir dengan pelaburan sebanyak RM450 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majllis Pecah Tanah Rianlon Corporation yang disempurnakan oleh Menteri Besar Johor, di sini semalam.

Sementara itu, Lee berkata pelaburan baharu itu akan mewujudkan hampir 300 peluang pekerjaan dalam sektor kimia memandangkan produk syarikat berkenaan digunakan untuk jenama utama dalam penghasilan produk kosmetik.

“Perbincangan untuk kerjasama dalam melatih bakat yang tertentu kerana sektor ini yang memerlukan kepakaran tertentu dan syarikat telah memberikan komitmen dengan menyediakan sebanyak 30 tempat kursus di Tianjin University di China untuk mengambil kursus tertentu dan dibiayai oleh biasiswa untuk rakyat Johor dan Malaysia,” katanya.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Rianlon Corporation Li Haiping dan Ketua Pegawai Eksekutif Infineum International Limited Aldo Govi.

-RI

Tinggalkan komen anda