Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanJohor

Lelaki Tumbuk Polis, Baling Rim Motosikal Ditahan

By 20 Januari 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Rafezan Shawal/Facebook Polis Daerah Iskandar Puteri (Johor Bahru)

JOHOR BAHRU, 20 Jan (MalaysiaAktif) – Seorang lelaki yang menumbuk dan membaling rim motosikal ke arah anggota polis yang bertugas di Balai Polis Mutiara Rini, di sini kelmarin telah ditahan polis.

Hasil pemeriksaan oleh pihak polis ke atas beg silang suspek telah menjumpai sebilah pisau dan barangan lain.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri Asisten Komisioner M Kumarasan, berkata pihaknya menerima maklumat kejadian pada 3.40 petang mengenai suspek berusia 22 tahun yang telah datang ke pusat kawalan balai polis berkenaan dalam keadaan agresif.

“Suspek didakwa turut membaling rim motosikal dan menumbuk seorang anggota yang bertugas sebelum berlaku pergelutan dengan pihak polis dan akhirnya suspek berjaya ditangkap.

“Akibat daripada kejadian itu, anggota polis yang diserang mengalami kecederaan lebam di mata kanan dan bahu serta bengkak di bahagian kaki kiri,” katanya menerusi satu kenyataan semalam.

Objek rim motosikal yang digunakan suspek dalam kejadian berkenaan menyebabkan kecederaan anggota polis yang sedang bertugas di Balai Polis Mutiara Rini, semalam.

Sementara itu, hasil pemeriksaan polis turut merampas beg silang yang mengandungi sebilah pisau dan satu rim motosikal yang digunakan dalam kejadian berkenaan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan, Seksyen 90 Akta Polis 1967 dan Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958,” katanya.

-RI

Tinggalkan komen anda