Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanJohor

Johor Terima Peruntukan RM116.22 Juta Pembangunan Bakat Daripada KESUMA

By 21 Januari 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zahid Othman (Johor)/Facebook Onn Hafiz Ghazi

JOHOR BAHRU, 21 Jan (MalaysiaAktif) – Kerajaan negeri Johor menerima suntikan peruntukan pembangunan bakat berjumlah RM116.22 juta daripada Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) bagi memperkukuh kebolehpasaran tenaga kerja serta ekosistem pekerjaan di negeri tersebut.

Peruntukan ini selari dengan lonjakan pelaburan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) serta penubuhan Johor Talent Development Council (JTDC) bagi penyelarasan keperluan bakat negeri

Menteri Besar Johor Dato’ Onn Hafiz Ghazi berkata pertemuan bersama KESUMA baru-baru ini selari dengan lonjakan pelaburan di bawah Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) serta penubuhan Johor Talent Development Council (JTDC) sebagai platform penyelarasan keperluan bakat negeri.

“Fokus utama kerjasama tersebut adalah bagi memastikan Johor mempunyai bekalan tenaga kerja yang mencukupi, berkemahiran tinggi serta relevan dengan keperluan industri semasa dan masa hadapan.

“Antara peruntukan yang dibincangkan termasuk Dana Khas HRD Corp (Human Resource Development Corporation) berjumlah RM20 juta bagi menyokong pelaksanaan JTDC, selain RM18.8 juta Skim Latihan Industri yang bertujuan meningkatkan kebolehpasaran tenaga kerja tempatan,” katanya menerusi hantaran di Facebook, semalam.

Beliau turut menyatakan keyakinan bahawa kerjasama erat antara kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan itu mampu memberi manfaat menyeluruh kepada rakyat negeri ini.

“Usaha ini bukan sahaja bertujuan menarik lebih banyak pelaburan, malah membuka peluang pekerjaan yang lebih stabil, berpendapatan tinggi serta menjamin masa depan yang lebih terjamin untuk Bangsa Johor,” katanya.

-AA-

Tinggalkan komen anda