Skip to main content
JohorBerita SelatanBerita Tempatan

Jualan Agro MADANI Pontian Bukti Keprihatinan Kerajaan Tangani Kenaikan Kos Sara Hidup

By 23 Januari 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Krisha Selladurai (Pontian)

PONTIAN, 23 Jan (MalaysiaAktif) – Program Jualan Agro MADANI merupakan salah satu inisiatif kerajaan bagi mengurangkan kos sara hidup rakyat melalui penambahbaikan rantaian bekalan agromakanan.

Pegawai Penerangan Pontian Musliha bersama Penyelia HEK/PPHP/Projek Usahawan.

Penyelia Hebat Ekonomi Keluarga/Usahawan (HEK) Program Pembangunan Peladang (PPHP) Projek Usahawan Ismawati Misran berkata program anjuran Pertubuhan Peladang Kawasan Pontian Selatan yang dilaksanakan di kawasan luar bandar itu menjadi bukti keprihatinan kerajaan dalam menangani kenaikan kos sara hidup.

“Program ini akan diadakan sekali setiap bulan dan kebiasaannya barangan yang diniagakan habis dalam tempoh dua jam, seperti hari ini (Khamis) jualan ditutup pada pukul 10 pagi lagi,” katanya, di sini semalam.

Suasana meriah dengan kehadiran pengunjung di Jualan Agro MADANI.

Program melibatkan 10 peniaga yang bermula pada pukul 8 pagi itu, menawarkan pelbagai barangan keperluan harian termasuk daging dan ayam segar, ikan, sayur-sayuran, beras, telur, jamu serta produk Industri Kecil dan Sederhana (IKS) mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat setempat.

Antara barangan yang mendapat permintaan tinggi ialah ayam, daging, ikan segar, sayur-sayuran termasuk cili, telur dan beras. Harga yang ditawarkan juga lebih rendah berbanding pasar raya sekali gus membantu meringankan kos perbelanjaan harian rakyat.

Selain memberi manfaat kepada pengguna, program ini turut menjadi platform pemasaran berkesan kepada usahawan tempatan untuk memasarkan produk mereka secara terus kepada pengguna, sekali gus merangsang ekonomi setempat.

-RI

Tinggalkan komen anda