Skip to main content
Berita TempatanLabuan

Kempen BeST Pemangkin Semangat ‘Kita Wilayah’

By 25 Januari 2026Januari 26th, 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/Roziman Mahmudin (Labuan)

LABUAN, 25 Jan (MalaysiaAktif) – Kempen BeST (Bersih Setiap Tempat) meruntuhkan tembok perbezaan dengan penglibatan pelbagai lapisan masyarakat di sini.

Kempen BeST melibatkan pelbagai lapisan masyarakat di Labuan,

Menurut Pengerusi Majlis Penasihat Perbadanan Labuan, Datuk Bashir Alias Kempen BeST menonjolkan jati diri warga Wilayah Persekutuan iaitu komuniti yang bersatu hati menjaga ‘rumah’ mereka.

“Saya amat berbangga melihat kehadiran pelbagai lapisan masyarakat hari ini daripada penjawat awam, pihak swasta, hinggalah ke golongan belia dan pelajar sekolah, Semangat ‘Satu Labuan’ inilah yang kita perlukan.

“Janganlah kita hanya menyerahkan urusan kebersihan sepenuhnya kepada pihak berkuasa tempatan kerana ianya adalah tanggungjawab milik bersama bagi memastikan kawasan rumah dan premis masing-masing bersih, maka seluruh Labuan akan menjadi syurga yang selesa untuk dihuni,” katanya semasa merasmikan kempen itu, di sini semalam.

Bashir (dua dari kiri) bersama-sama bergotong-royong membersihkan kawasan Marina Awam,

Tambahnya, Kempen BeST bertujuan membudayakan kebersihan sebagai gaya hidup, bukan sekadar tugasan bermusim.

“Kempen ini juga memastikan mata dunia melihat Labuan sebagai mutiara yang berkilau bersih di Laut China Selatan di mana kebersihan sebagai wajah Tahun Melawat Malaysia 2026 yang bakal menarik pengunjung datang ke Wilayah Persekutuan Labuan,” katanya.

-RI

Tinggalkan komen anda