Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

430kg Minyak Masak Bersubsidi Disita KPDN Perlis

By 29 Januari 2026Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Aini/KPDN Perlis

KANGAR, 29 Jan (MalaysiaAktif) – Tindakan sebuah kedai runcit yang menjual minyak masak paket polibeg bersubsidi 1 kilogram (kg) secara bersyarat membawa padah apabila diserbu oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Perlis.

Minyak masak bersubsidi disita, kerana dijual secara bersyarat

Pengarah KPDN Negeri Perlis Rohaida Hassan, memaklumkan serbuan dijalankan di sebuah premis di Kangar, sekitar jam 6 petang selepas pihaknya menerima maklumat berhubung penjualan minyak masak bersubsidi secara tidak mengikut peraturan daripada orang awam.

Beliau berkata pihaknya kemudia menjalankan menjalankan pemeriksaan dan menyita 430 kilogram minyak masak polibeg bersubsidi 1kg dengan nilai rampasan dianggarkan RM1,075 bagi tujuan siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 19 Akta Kawalan Bekalan 1961 yang membawa hukuman denda sehingga RM1 juta atau penjara sehingga tiga tahun.

KPDN menegaskan bahawa tindakan tegas akan terus diambil terhadap mana-mana pihak yang menyalahgunakan penjualan barangan bersubsidi dan menggalakkan orang ramai untuk terus menyalurkan maklumat kepada saluran rasmi KPDN sekiranya mengesan sebarang aktiviti mencurigakan.

-AA-

Tinggalkan komen anda