Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Pelajar Asasi Kejuruteraan Kolej MARA Kuala Nerang Hasilkan Smart Lume

By 5 Februari 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Azrul Abdullah (Padang Terap)

KUALA NERANG, 5 Feb (MalaysiaAktif) – Lima orang pelajar Asasi Kejuruteraan, Kolej MARA Kuala Nerang (KMKN) mencipta kejayaan tersendiri apabila menyertai Invention, Innovation & Entrepreneurship Carnival (IIEC) menerusi penghasilan projek inovatif yang dikenali sebagai Smart Lume.

Pelajar sekolah menengah di daerah kuala Nerang yang hadir mendengar maklumat mengenai ciptaan dan inovasi oleh Pelajar KMKN

Pasukan yang diketuai Nurin Afiqah Sofiya Muhamad Faizar, 19, bersama empat rakannya tampil dengan idea sistem pencahayaan bandar pintar berasaskan pergerakan, Smart Lume.

Sistem berkenaan dibangunkan menggunakan microbit dan sensor ultrasonik bagi mengaktifkan lampu jalan hanya apabila kenderaan dikesan, sekali gus mengurangkan pembaziran tenaga dan meningkatkan kecekapan pencahayaan.

Menurut Nurin Afiqah, idea pembangunan Smart Lume boleh diimplementasikan di kawasan luar bandar supaya mencapai potensi teknologi hijau dan mengurangkan pencemaran cahaya.

“Melalui Smart Lume, kami mahu menunjukkan bahawa teknologi mudah dan kos rendah boleh dimanfaatkan untuk menyelesaikan masalah sebenar dalam kehidupan seharian, terutamanya berkaitan penjimatan tenaga dan bandar pintar,” katanya ketika ditemui Malaysia Aktif, di sini hari ini.

Penyertaan pelajar KMKN dalam IIEC ini bukan sahaja mencerminkan penguasaan ilmu kejuruteraan dan teknologi, malah membuktikan kebolehan pelajar asasi untuk berfikir secara kritikal, kreatif dan berorientasikan penyelesaian masalah selaras dengan aspirasi pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dan keusahawanan.

Kejayaan ini turut membuktikan peranan Kolej MARA Kuala Nerang sebagai institusi yang komited dalam melahirkan pelajar berdaya saing, inovatif dan bersedia menyumbang kepada pembangunan teknologi masa hadapan.

-AA-

Tinggalkan komen anda