Skip to main content
Berita TempatanSarawak

Masjid Baharu Daerah Belaga Pacu Pembangunan Komuniti dan Ekonomi Setempat

By 6 Februari 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/Foto: Awangku Hamizan / Clarence Chin (Sarawak)

BELAGA, 6 Feb (MalaysiaAktif) — Pembinaan Masjid Baharu Daerah Belaga bukan sahaja menyediakan kemudahan ibadah yang lebih selesa, malah berpotensi menjadi pemangkin kepada pembangunan komuniti serta pertumbuhan ekonomi setempat.

Kamarul ketika ditemui di Masjid Baharu Daerah Belaga semalam, menyifatkan masjid tersebut sebagai pemangkin pembangunan komuniti serta pengukuh hubungan masyarakat setempat.

Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Belaga, Mohamad Kamarul Arifin Chali, 42, berkata pembinaan masjid tersebut merupakan kemudahan yang telah lama dinantikan oleh penduduk setempat.

Menurut beliau, prasarana yang lebih luas dan kondusif membolehkan pelaksanaan program keagamaan serta aktiviti kemasyarakatan dijalankan secara lebih tersusun, sekali gus menggalakkan penglibatan menyeluruh komuniti.

“Pembinaan masjid ini memberi keselesaan kepada jemaah dan membuka lebih banyak ruang untuk penganjuran program yang bermanfaat kepada penduduk. Secara tidak langsung, ia menyumbang kepada pembangunan komuniti di sini,” katanya kepada Malaysia Aktif, di sini semalam.

Seorang penduduk Belaga dilihat membersihkan pintu cermin Masjid Baharu Daerah Belaga sebagai sebahagian usaha menjaga kebersihan dan keselesaan rumah ibadah.

Beliau turut menegaskan peranan masjid sebagai pusat pertemuan masyarakat dalam mengeratkan hubungan silaturahim serta membentuk komuniti yang harmoni.

“Saya berharap masjid ini menjadi pemangkin kepada kemajuan masyarakat, selain memperkukuh perpaduan dan semangat kerjasama dalam kalangan penduduk,” ujarnya.

Sementara itu, Juruteknik Elektrik Sarawak Energy Berhad (SEB) Belaga, Awg Rosman Awg Japar, 42, melihat masjid tersebut berpotensi menjana peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.

-RJ-

Tinggalkan komen anda