Skip to main content
Berita TempatanSarawak

234 Warga Simanggang Terima Sumbangan Sejambak Kasih

By 6 Februari 2026Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/Foto: Iswandi Kassim / Stanley Clarence Eddie (Sarawak)

SIMANGGANG, 6 Feb (MalaysiaAktif) – Seramai 234 warga emas dan individu daripada komuniti Cina di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simanggang menerima sumbangan khas menerusi Program Sejambak Kasih sempena sambutan Tahun Baharu Cina 2026, di sini hari ini.

Timbalan Menteri Pembangunan Bakat Sarawak Datuk Francis Harden Hollis menyifatkan program anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Bahagian Sri Aman itu sebagai tradisi setiap musim perayaan bertujuan meringankan beban penerima dan menyemarakkan sambutan.

Francis Harden menyerahkan sumbangan Sejambak Kasih kepada salah seorang penerima komuniti Cina di BME Hotel, sebagai tanda keprihatinan kerajaan terhadap golongan memerlukan sempena Tahun Baharu Cina.

“Pemberian bantuan ini merupakan peruntukan kerajaan Sarawak di bawah Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang disalurkan melalui JKM Sarawak. Justeru, penerima perlu sedar dan faham hasrat murni kerajaan dalam membantu rakyat,” katanya selepas menyempurnakan majlis tersebut.

Program Sejambak Kasih merangkumi semua perayaan utama termasuk Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri, Hari Gawai dan Hari Krismas yang menjadi manifestasi keprihatinan kerajaan terhadap golongan memerlukan tanpa mengira latar belakang.

-RJ-

Tinggalkan komen anda