Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Ahli Parlimen Selayang Seru Kekalkan Perpaduan Sempena Tahun Baharu Cina

By 9 Februari 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)

SELAYANG, 9 Feb (MalaysiaAktif) – Ahli Parlimen Selayang William Leong Jee Keen menyeru masyarakat supaya terus mengekalkan semangat keberanian, kekuatan dan perpaduan dalam menghadapi cabaran semasa.

William menyeru masyarakat terus mengekalkan semangat keberanian, kekuatan dan perpaduan dalam menghadapi cabaran semasa.

Menurutnya, Tahun Baharu Cina yang disambut kali ini membawa simbolik keberanian, semangat dan kekuatan yang perlu dihayati oleh masyarakat.

“Kita tidak perlu berasa bimbang. Seperti yang diajar dalam nilai-nilai kehidupan, kita harus sentiasa bersemangat, kuat dan berani, di samping bijak merebut peluang yang ada,” katanya pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Parlimen Selayang di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Selayang Baru, di sini kelmarin.

Beliau menegaskan bahawa perpaduan merupakan perkara paling penting dalam memastikan keharmonian masyarakat terus terpelihara.

Kanak-kanak yang hadir Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Parlimen Selayang menerima angpau daripada William.

“Kita mesti bersatu padu kerana perpaduan adalah kunci utama kekuatan masyarakat. Kita tidak mahu ada pihak yang mengambil kesempatan sehingga rakyat menjadi mangsa,” katanya.

Beliau turut berharap semangat kebersamaan yang dizahirkan dalam sambutan perayaan seperti ini dapat terus diperkukuh demi kesejahteraan semua lapisan masyarakat.

-RI

Tinggalkan komen anda