Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

ONSA 2025: Perisai Digital Baharu, Langkah Progresif Kerajaan

By 11 Februari 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhammad Azrul Hafiz/Muhaimin Musa

KUALA LUMPUR, 11 Feb (MalaysiaAktif) – Pelaksanaan Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (ONSA) menerima reaksi positif daripada pelbagai lapisan masyarakat kerana dilihat sebagai langkah proaktif dalam mendepani ancaman jenayah siber yang semakin kritikal di negara ini.

Mustaqim, berkata menyatakan ONSA membuatkan pengguna media sosial berasa lebih selamat.

Muhammad Mustaqim Zulkifli, 43, berkata pengenalan ONSA tepat pada masanya memandangkan taktik penipuan dalam talian kini semakin licik.

“Memandangkan sekarang ini scammer semakin banyak, ONSA yang diperkenalkan kerajaan ini memang sangat baik. Sekurang-kurangnya pengguna media sosial akan berasa lebih selamat bila berada di atas talian,” katanya kepada Malaysia Aktif, di sini baru-baru ini.

Isu keselamatan kanak-kanak dan warga emas turut menjadi tumpuan utama dalam pelaksanaan akta ini bertepatan dengan masyarakat yang menyuarakan kebimbangan terhadap trend eksploitasi kanak-kanak yang semakin berleluasa di pelbagai platform digital.

Redzuan, ONSA penting untuk memastikan kandungan yang ditonton oleh anak-anak lebih selamat dan terkawal.

Muhammad Ridzuan Razali, 42, berkata ONSA penting untuk memastikan kandungan yang mereka tonton lebih selamat dan terkawal.

“Anak-anak sekarang banyak masa di Internet. Dengan adanya undang-undang begini, ibu bapa dan pengguna lebih yakin menggunakan platform digital kerana ada garis panduan dan perlindungan,” katanya.

Selain aspek penguatkuasaan, ONSA dilihat sebagai pemangkin kepada pembentukan masyarakat digital yang lebih beretika.

-RI

Tinggalkan komen anda