Skip to main content
Berita TempatanLabuan

Tiga Teras Strategik Jadi Fokus Perbadanan Labuan

By 13 Februari 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus (Labuan)

LABUAN, 13 Feb (MalaysiaAktif) – Tiga teras strategik menjadi fokus utama bagi Perbadanan Labuan (PL) kekal relevan dan berdaya saing.

Sukuran menyampaikan ucapan terakhir selaku Ketua Pegawai Eksekutif PL sebelum berpindah ke Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Menurut Pengerusi Perbadanan Labuan, Dato’ Mohd Husni Mohamad Salleh, fokus utama adalah pemulihan asas organisasi dan lonjakan ekonomi melalui pemecutan pelaburan strategik.

“Selain itu, transformasi operasi iaitu memantapkan pengurusan, memperkukuh tata kelola dan pelaksanaan projek strategik serta transformasi bandar secara menyeluruh.

“Fokus lain adalah digitalisasi penyampaian dengan memodenkan sistem penyampaian perkhidmatan melalui agenda pendigitalan yang agresif,” katanya ketika ditemui pada Majlis Serah Tugas Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan di sini, semalam.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Ketua Pegawai Eksekutif PL atas khidmat bakti serta sumbangan yang telah dicurahkan selama berkhidmat bersama PL.

Sukuran (berdiri tiga dari kiri) berkesempatan beramah mesra dengan pengamal media tempatan

“Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Mohd Sukuran atas komitmen dan khidmat bakti beliau sepanjang tempoh perkhidmatan dan mengalu-alukan kepulangan Rithuan Mohd Ismail.

“Pelantikan semula beliau bukan sekadar kesinambungan, tetapi satu langkah strategik untuk memanfaatkan pengalaman lalu bagi meneruskan agenda pembangunan dan transformasi dengan serta-merta,” katanya lagi.

-AA-

Tinggalkan komen anda