Skip to main content
Berita TempatanSarawak

KMKK Komuniti Iban Sri Aman Digesa Proaktif Dalam Program Komuniti

By 17 Februari 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Iswandi Kassim/UKAS (Sarawak)

SIMANGGANG, 17 Feb (MalaysiaAktif) – Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) Komuniti Iban di Daerah Sri Aman digesa bersikap proaktif serta menjalankan tanggungjawab dengan penuh komitmen demi kesejahteraan rakyat.

Francis Harden (tengah) menegaskan kepentingan kepimpinan proaktif barisan KMKK Iban serta pemeliharaan adat tradisi di Simanggang.

Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Francis Harden Hollis menekankan bahawa Persatuan KMKK Daerah Sri Aman perlu bergerak aktif dan dinamik dalam merangka program bersama agensi kerajaan.

“Saya mahu persatuan ini sentiasa ‘hidup’ dan berfungsi sepenuhnya. Jangan hanya menjadi persatuan ‘tidur’ tanpa sebarang aktiviti yang memberi kesan kepada komuniti,” tegas beliau semasa merasmikan Majlis Penutupan Mesyuarat KMKK Daerah Sri Aman Komuniti Iban, kelmarin.

Beliau berkata, kepimpinan KMKK perlu celik teknologi bagi memudahkan penyampaian maklumat serta peka terhadap peluang ekonomi dalam sektor pertanian dan keusahawanan. Selain itu, pemimpin akar umbi juga diingatkan agar tidak mengabaikan adat istiadat dan warisan tradisi kaum Iban supaya tidak hilang ditelan zaman.

Dalam majlis sama, Francis Harden meluluskan peruntukan RM30,000 kepada Persatuan KMKK Komuniti Iban Daerah Sri Aman untuk menyokong pelaksanaan aktiviti kemasyarakatan.

Hadir sama wakil Pegawai Daerah Sri Aman, Joshua Martin, serta Pengerusi Persatuan KMKK Komuniti Iban Daerah Sri Aman, Temenggong Leonard Libau Anol.

-RJ-

Tinggalkan komen anda