Skip to main content
Berita TempatanSarawak

BSMM Sri Aman Terima Ambulans Baharu Perluas Akses Bantuan Bukan Kecemasan

By 17 Februari 2026Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Iswandi Kassim/UKAS (Sri Aman)

SRI AMAN, 17 Feb (MalaysiaAktif) – Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Daerah Sri Aman menerima sebuah unit ambulans baharu bagi meningkatkan akses bantuan bukan kecemasan kepada penduduk setempat.

Ahli Parlimen Sri Aman, Doris Sophia Brodie berkata perkhidmatan ambulans itu melambangkan semangat kemanusiaan dan kesukarelawanan yang menjadi teras perjuangan BSMM sejak 1958 sebagai badan sokongan pihak berkuasa awam.

Doris Sophia (hadapan) meninjau kemudahan dalaman unit ambulans bukan kecemasan yang akan melancarkan urusan pengangkutan pesakit ke klinik dan hospital di daerah Sri Aman.

“Penghargaan harus diberikan kepada para sukarelawan yang komited menjalankan tanggungjawab selaras dengan Akta 540 bagi memastikan kebajikan masyarakat sentiasa terpelihara,” katanya semasa merasmikan Majlis Perasmian Khidmat Ambulans BSMM Daerah Sri Aman di Bangunan PBSMM Sri Aman, Sabtu lepas.

Ambulans baharu bernilai hampir RM200,000 itu disumbangkan oleh The Malaysian Church of Jesus Christ of Latter-Day Saints. Selain itu, Doris Sophia turut menyumbang RM10,000 daripada peruntukan Outright Grant beliau bagi menyokong aktiviti tahunan persatuan tersebut.

Langkah ini dijangka memperkukuh keupayaan BSMM Sri Aman dalam menyediakan khidmat bantuan kesihatan dan sokongan bukan kecemasan kepada komuniti setempat.

-RJ-

Tinggalkan komen anda