Skip to main content
Berita TempatanSarawak

Program Agihan Bubur Lambuk Daerah Bau Erat Silaturahim Antara Agensi

By 27 Februari 2026Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Loseyeffer Molly/Denis Etem (Bau)

BAU, 27 Feb (MalaysiaAktif) – Sebanyak 20 agensi kerajaan bergotong-royong menjayakan Program Memasak dan Agihan Bubur Lambuk Daerah Bau yang berlangsung dalam suasana muhibah dan penuh semangat kebersamaan, semalam.

Suasana gotong-royong agensi kerajaan Daerah Bau berganding bahu menyediakan bubur lambuk dalam semangat kebersamaan dan muhibah sempena Ramadan.

Program anjuran Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan (MAKSAK) Daerah Bau yang diketuai Pejabat Kesihatan Daerah Bau itu berjaya menyediakan 1,000 bekas bubur lambuk untuk diagihkan kepada penjawat awam di daerah berkenaan.

Majlis disempurnakan Timbalan Menteri Pengangkutan (Laut & Sungai) Sarawak Datuk Henry Harry Jinep di Dewan Masyarakat Kampung Melayu Bau.

Menurut beliau, program seumpama ini bukan sahaja mengimarahkan Ramadan melalui amalan berkongsi rezeki malah menjadi platform terbaik memperkukuh jaringan kerjasama antara agensi kerajaan di peringkat daerah.

“Semangat gotong-royong yang dipamerkan mencerminkan komitmen berterusan penjawat awam dalam memupuk perpaduan dan keharmonian,” katanya ketika berucap.

Dalam pada itu, beliau turut mengumumkan peruntukan RM20,000 kepada MAKSAK Daerah Bau bagi menyokong pelaksanaan program dan aktiviti kelab pada masa akan datang.

-RJ-

Tinggalkan komen anda