Skip to main content
Berita TempatanSarawak

Mukah Perhebat Kempen Keselamatan Jalan Raya Sasar Sifar Kemalangan Perayaan

By 2 Mac 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Salleh Immun (Mukah)

MUKAH, 1 Mac (MalaysiaAktif) – Kempen Keselamatan Jalan Raya dipergiatkan di Mukah sempena musim perayaan bagi mengurangkan kemalangan dan memastikan perjalanan pulang ke kampung lebih selamat.

Timbalan Menteri Kesihatan, Dato’ Hanifah Hajar Taib berkata kempen dijalankan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) dan pihak berkuasa tempatan.

Beliau menegaskan peningkatan jumlah kenderaan di laluan utama Mukah dan pesisir Sarawak menjelang perayaan memerlukan pemantauan rapi bagi mengurangkan risiko kemalangan.

Suasana Program Kempen Keselamatan Jalan Raya di Jalan Boulevard Setia Raja, Mukah, mencerminkan kerjasama agensi dan masyarakat memastikan perjalanan selamat.

“Setiap kali musim perayaan, aliran trafik meningkat dengan ketara apabila orang ramai pulang ke kampung. Justeru, aspek keselamatan perlu diberi keutamaan oleh semua pengguna jalan raya,” katanya ketika ditemui selepas program advokasi keselamatan jalan raya di Jalan Boulevard Setia Raja, di sini kelmarin.

Hanifah berkata kempen menekankan kepatuhan had laju, larangan memotong di garisan berkembar dan pemeriksaan kenderaan sebelum perjalanan jauh.

Hanifah turut menekankan penggunaan tali pinggang keledar dan kerusi keselamatan kanak-kanak sepanjang perjalanan.

“Berehatlah di tempat yang disediakan dan jangan terus memandu sekiranya penat kerana ia boleh membahayakan pemandu serta penumpang,” katanya.

-RJ-

Tinggalkan komen anda