Skip to main content
Berita TempatanSarawak

Chap Goh Mei Bau Semarak Warisan, Perpaduan

By 3 Mac 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Loseyeffer Molly/Jackson Abel (Sarawak)

BAU, 3 Mac (MalaysiaAktif) – Perarakan Chap Goh Mei 2026 di Bau diraikan meriah sebagai simbol penutup sambutan Tahun Baharu Cina yang sarat nilai warisan budaya.

Chap Goh Mei yang disambut pada hari ke-15 kalendar lunar melambangkan harapan baharu, kesejahteraan serta doa agar tahun mendatang membawa rezeki dan keberkatan.

Di Bau, sambutan ini menjadi platform perkongsian budaya yang menyatukan komuniti pelbagai kaum dalam suasana harmoni.

Antara anak muda yang tidak melepaskan peluang dalam mengambil bahagian untuk perarakan Chap Goh Mei di pekan Bau.

Perarakan bermula dari perkarangan Tokong Tsian Tse sebelum mengelilingi pekan Bau dengan penyertaan 160 kontinjen termasuk pasukan tarian singa dan naga.

Paluan gendang dan dentuman mercun menambah kemeriahan sambutan manakala orang ramai hadir menyaksikan perarakan tersebut.

Program anjuran Bau Chinese Charitable Trust Board itu terus komited memelihara tradisi agar kekal relevan dalam arus kemodenan.

“Saya pernah menyertai perarakan di beberapa tempat di Sarawak namun di Bau suasananya lebih istimewa kerana masyarakat pelbagai kaum bersama-sama meraikan dan memberi sokongan,” kata peserta Kontinjen Feng Tian Gong Dragon & Lion Dance Madelina Mit, 18, ketika ditemui semalam.

Madelina Mit peserta Kontinjen Feng Tian Gong Dragon & Lion Dance menyertai perarakan Chap Goh Mei 2026 di Bau sebagai tanda sokongan terhadap usaha memelihara warisan budaya.

“Penyertaan saya dalam perarakan ini memberi pengalaman bermakna dalam memahami nilai budaya dan semangat komuniti,” tambahnya.

Perarakan tersebut turut memberi limpahan ekonomi kepada peniaga tempatan serta memperkukuh hubungan silaturahim antara komuniti setempat.

Chap Goh Mei 2026 membuktikan warisan budaya bukan sekadar dipertontonkan tetapi terus dihayati sebagai jambatan perpaduan merentasi generasi.

-RJ-

Tinggalkan komen anda