Skip to main content
Berita TempatanSarawak

Ketua Jabatan Persekutuan Limbang Perkukuh Kerjasama Dalam Majlis Berbuka Puasa

By 7 Mac 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/Foto: Sumardi Sugiman / Muhamad Rizal Sabtu (Sarawak)

LIMBANG, 7 Mac (MalaysiaAktif) – Ketua-ketua Jabatan Persekutuan Daerah Limbang berhimpun dalam Perjumpaan dan Majlis Berbuka Puasa bersama Ahli Parlimen Limbang, Datuk Hasbi Habibollah yang berlangsung di Dewan Kampung Bunga Raya, semalam.

Program tersebut diadakan bagi memperkukuh kerjasama antara jabatan serta meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan awam kepada masyarakat di daerah ini.

Hasbi menegaskan kerjasama erat antara jabatan di Limbang mampu mempertingkat kecekapan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.

Hasbi yang juga Timbalan Menteri Pengangkutan berkata program berkenaan menjadi platform penting untuk menyampaikan amanat dan hala tuju kepada ketua-ketua jabatan persekutuan di daerah berkenaan.

Menurutnya, pertemuan itu turut mengukuhkan hubungan kerjasama dan koordinasi berterusan antara semua pihak bagi memastikan pelaksanaan dasar serta program kerajaan dapat dilaksanakan dengan lebih lancar dan berkesan.

“Program ini juga menjadi ruang untuk membincangkan isu semasa, cabaran pelaksanaan dasar serta mendapatkan maklum balas dalam usaha menambah baik sistem penyampaian perkhidmatan awam kepada rakyat,” katanya ketika berucap pada majlis tersebut.

Hasbi bergambar beramai-ramai bersama ketua-ketua jabatan persekutuan Daerah Limbang di Dewan Kampung Bunga Raya.

Beliau turut menekankan kepentingan tadbir urus yang baik, integriti tinggi serta sistem penyampaian yang cekap selaras dengan kerangka Malaysia MADANI.

“Enam teras utama MADANI bukan sekadar slogan, sebaliknya perlu diterjemahkan melalui tindakan yang telus, cekap dan berakauntabiliti dalam pelaksanaan tugas,” katanya.

Turut hadir Pegawai Daerah Limbang, Sulaiman Engal bersama ketua-ketua jabatan persekutuan daerah Limbang.

-RJ-

Tinggalkan komen anda