
Laporan/foto: Ahmad Idham Abd Hamid/Muhamad Hafizuddin Abdul Halim
KUALA LUMPUR, 11 Mac (MalaysiaAktif) – Kerjasama erat antara pejabat wakil rakyat dan agensi kerajaan amat penting dalam memastikan setiap inisiatif serta perkhidmatan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok berkata sebagai wakil rakyat, beliau amat berharap agar kerjasama agensi berkaitan dapat terus dikekalkan demi memastikan hasrat tersebut tercapai.

Ahli Parlimen Seputeh menyantuni tetamu yang hadir.
“…Khususnya dalam menjayakan program dan inisiatif di Parlimen Seputeh demi kesejahteraan masyarakat setempat,” katanya ketika berucap pada Majlis Iftar Parlimen Seputeh bersama agensi kerajaan, di sini semalam.
Majlis tersebut katanya menjadi medan mengeratkan hubungan serta memperkukuh kerjasama antara pejabatnya dan agensi yang berkhidmat kepada masyarakat setempat
Beliau turut mengambil peluang menzahirkan penghargaannya kepada semua agensi kerajaan atas kerjasama yang diberikan dalam melaksanakan pelbagai program pembangunan dan kebajikan di Parlimen Seputeh.
Majlis itu turut memberi peluang kepada wakil agensi kerajaan berinteraksi secara lebih dekat selain memperkukuh jaringan kerjasama strategik antara semua pihak yang terlibat.
-RI





