
Laporan/foto: Yamuna/Irma Diana (Bera)
BERA, 13 Mac (MalaysiaAktif) – “Saya sangat teruja kerana ini merupakan kali pertama saya terlibat dalam aktiviti ini sempena sambutan Hari Raya. Pasukan kami memilih konsep era 70-an untuk menghias Rumah Bidan Kampung sebagai tema,” ujar Penolong Pegawai Tadbir Pejabat Kesihatan Daerah Bera, Sashila Madayan Pelly.

Replika rumah kampung hasil kreativiti kakitangan PAIP Daerah Bera
Beliau berkata demikian ketika menyertai Pesta Pelita Raya Peringkat Daerah Bera 2026 anjuran Kerajaan Negeri Pahang yang berlangsung di sini pada Selasa lalu.
Program yang disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Triang, Leong Yu Man itu diadakan sempena sambutan Hari Raya di setiap daerah di negeri Pahang.

Replika rumah kampung yang direka oleh kakitangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bera
Tahun ini merupakan penganjuran kali kedua program tersebut yang diadakan secara serentak di seluruh negeri melibatkan 18 agensi kerajaan dengan lebih 2,000 pelita dipasang.
Pelita-pelita tersebut dinyalakan selama seminggu, manakala penilaian bagi daerah Bera dan Temerloh dijalankan pada Selasa.
Setiap agensi turut perlu mempromosikan penyertaan masing-masing di media sosial bagi mendapatkan jumlah like and share terbanyak yang menjadi antara kriteria penilaian pertandingan.
-AA-





