Skip to main content
Berita TempatanSarawak

Jualan Rahmah Bantu Penerima SKAS Berbelanja Lebih Jimat di Bau

By 13 Mac 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Loseyeffer Molly/Jackson Abel (Bau)

BAU, 13 Mac (MalaysiaAktif) – Program Jualan Rahmah yang diadakan di sekitar daerah Bau membantu masyarakat mendapatkan barangan keperluan harian pada harga lebih berpatutan sekali gus memaksimumkan penggunaan bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) yang mula disalurkan pada 10 Mac lalu.

Seorang penerima SKAS, Baing Asoi, 69, berkata bantuan yang diterimanya digunakan untuk membeli barangan asas bagi kegunaan harian.

“Jualan Rahmah yang diadakan di Tung Min Trading, Bau memberi peluang kepada masyarakat setempat khususnya warga emas dan keluarga berpendapatan rendah mendapatkan barangan pada harga lebih murah,” ujarnya.

Antara keperluan yang terdapat di Jualan Rahmah oleh Tung Min Trading.

Pemilik kedai runcit berkenaan, Chong Chong Poh berkata pihaknya mengambil inisiatif mengadakan Jualan Rahmah bagi membantu masyarakat memanfaatkan bantuan SKAS dengan lebih berkesan.

“Inisiatif ini memberi peluang kepada penerima SKAS berbelanja dengan lebih jimat sekali gus membantu mereka mengurus perbelanjaan harian dengan lebih baik,” katanya ketika ditemui MalaysiaAktif hari ini.

Program tersebut bukan sahaja memberi manfaat kepada pengguna malah turut merancakkan aktiviti ekonomi setempat apabila lebih ramai penduduk hadir berbelanja di premis yang mengambil bahagian.

Pelaksanaan Jualan Rahmah dilihat mampu memastikan bantuan kerajaan dimanfaatkan sepenuhnya oleh masyarakat di samping membantu meringankan kos sara hidup rakyat.

-RJ-

Tinggalkan komen anda