
Laporan/foto: Yusoffirman/FirdaufAlias (Temerloh)/MPT
TEMERLOH, 14 Mac (MalaysiaAktif) – Pesta Pelita 2026 Temerloh yang berlangsung di Taman Kenangan memberikan pengalaman unik kepada pengunjung yang hadir.

Aktiviti mengacau dodol menggamit nostalgia lama
“Tema kali ini ialah Aidilfitri 1980-an, kami dibawa menaiki bas ekspres seperti zaman dahulu untuk pulang ke kampung. Rasa macam kembali ke zaman dahulu kala”, ujar seorang penjawat awam, Raizudin Ahmad.
Sebanyak 3,850 pelita dinyalakan bagi memeriahkan pesta berkenaan, termasuk tiga buah pelita gergasi yang menjadi tarikan utama kepada pengunjung.
Selain itu, pelbagai lagi acara diadakan sebagai menghargai pengunjung yang hadir antaranya jamuan dan majlis ramah mesra.

Lakon semula, pengunjung dibawa menaiki bas ekspress untuk pulang ke kampung berhari raya
Rata-rata pengunjung sangat berpuas hati dengan penganjuran Pesta Pelita 2026 Temerloh kali ini.
Hadir sama Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Lanchang Datuk Ridzuan Hazimin Ramli, Penyelaras DUN Kuala Semantan Mohd Azly Datuk Indera Norzan, Pengurus Besar Tourism Pahang Kamaruddin Ibrahim, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) Rizal Mustafa, Pegawai Daerah Temerloh Datuk Khairur Rizal Ramli serta pemimpin setempat.
-AA-





