Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Bazar Raya NADI Perkasa Usahawan Kecil, Meriahkan Persiapan Aidilfitri

By 15 Mac 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Syamimi Aaizag Ibrahim (Pendang)

PENDANG, 15 Mac (MalaysiaAktif) – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Bukit Raya Dalam telah menganjurkan Bazar Raya NADI bagi membantu usahawan kecil memasarkan produk mereka sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri di sini, semalam.

Antara kelengkapan Hari Raya yang ditawarkan

Penganjuran bazar tersebut memberi peluang kepada usahawan tempatan menjana pendapatan tambahan di samping menjadi platform memperkenalkan pelbagai produk hasil tangan masyarakat setempat kepada orang ramai.

Antara produk yang ditawarkan kepada pengunjung termasuk juadah raya, kuih-muih tradisional, pakaian, aksesori serta pelbagai barangan keperluan Aidilfitri yang mendapat sambutan daripada masyarakat sekitar yang hadir membuat persiapan menjelang perayaan.

Pengurus NADI Bukit Raya Dalam, Syafiqah Yusoff, berkata penganjuran Bazar Raya NADI bertujuan memberi peluang kepada usahawan kecil dan peniaga tempatan mempromosikan serta memasarkan produk mereka kepada masyarakat setempat.

“Kami berharap platform seperti ini dapat membantu meningkatkan pendapatan usahawan di samping menggalakkan sokongan terhadap produk tempatan,” katanya.

Suasana di Bazar Raya NADI Bukit Raya Dalam

Beliau turut memaklumkan bahawa program seumpama ini bukan sahaja merancakkan aktiviti ekonomi komuniti, malah memberi inspirasi kepada masyarakat untuk menceburi bidang keusahawanan.

Selain itu, bazar berkenaan turut membuka ruang kepada masyarakat setempat untuk mengenali dengan lebih dekat pelbagai aktiviti dan inisiatif yang dilaksanakan oleh NADI dalam usaha memperkasa ekonomi komuniti setempat.

Penganjuran program seperti ini diharapkan dapat terus menyokong perkembangan usahawan tempatan serta mengukuhkan semangat kerjasama komuniti dalam mempromosikan produk tempatan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.

-AA-

Tinggalkan komen anda