Skip to main content
Berita TempatanSabah

Program Derma Darah Penting Jamin Bekalan Sentiasa Mencukupi

By 28 Mac 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Municca Kiat/Robitikson Majingka (Ranau)

RANAU, 27 Mac (MalaysiaAktif) –Program derma darah melibatkan orang ramai termasuk anggota barisan hadapan penting bagi memastikan bekalan darah sentiasa mencukupi terutama dalam situasi kecemasan.

Henyson menyifatkan derma darah sebagai sumbangan penting untuk menyelamatkan nyawa.

Penolong Pegawai Perubatan Unit Tabung Darah Hospital Ranau, Henyson Nuey berkata ia ekoran bekalan darah merupakan komponen kritikal dalam rawatan pesakit khususnya untuk kegunaan kes kecemasan dan pembedahan.

“Justeru, penglibatan berterusan masyarakat dalam program derma darah amatlah diperlukan bagi menampung keperluan semasa,” katanya semasa ditemui pada Program Derma Darah di Pusat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Ranau di sini pada Jumaat.

Clever Saggon menyifatkan penglibatan komuniti sebagai kunci utama bagi memastikan keperluan pesakit di kawasan luar bandar sentiasa dipenuhi.

Sementara itu, Pembantu Pegawai Pertahanan Awam Daerah Ranau, Lt. M (PA), Clever Saggon berkata program itu mencerminkan komitmen berterusan APM dan institusi kesihatan dalam memperkukuh sistem penjagaan kesihatan awam.

“Inisiatif sebegini mampu menggalakkan lebih ramai individu tampil menderma darah sekali gus membantu memastikan keperluan pesakit dapat dipenuhi secara berterusan khususnya di kawasan luar bandar,” katanya yang mewakili pengerusu penganjur.

Seorang penderma darah, Hasmie Masri, 30, berkata beliau terpanggil untuk menyertai program tersebut sebagai satu bentuk tanggungjawab sosial.

“Saya berasa gembira dapat menderma darah kerana ia berpotensi membantu menyelamatkan nyawa pesakit yang memerlukan, dan apa yang saya lakuka ini boleh menjadi contoh kepada penderma yang lain atau orang yang ada niat untuk menderma,” katanya.

-RJ-

Tinggalkan komen anda