Skip to main content
Berita TempatanSarawak

Polis Mohon Bantuan Kesan Remaja Hilang Di Mukah

By 1 April 2026Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Salleh Immun/IPD Mukah (Mukah)

MUKAH, 1 April (MalaysiaAktif) – Polis memohon bantuan orang ramai bagi membantu mengesan seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang di Mukah sejak pagi semalam.

Angel Daina, 15, dilaporkan hilang sejak 5 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Mukah DSP Muhamad Rizal Alias berkata Angel Daina, 15, dilaporkan hilang selepas disedari tiada di bilik tidurnya kira-kira pukul 5 pagi.

“Kehilangan mangsa berbangsa Melanau itu disedari ibunya sebelum usaha pencarian awal dilakukan di kawasan kediaman, namun gagal menemukan sebarang petunjuk.

“Pihak keluarga turut memaklumkan bahawa telefon bimbit milik remaja berkenaan tidak dapat dihubungi, sekali gus menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatannya,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Berbadan kurus dengan ketinggian kira-kira 155 sentimeter, berkulit cerah, bermuka bujur dan berambut panjang melepasi bahu, Angel yang beralamat di No. 9, Lot 1166, Jalan Tiong Hua, di sini kali terakhir dilihat memakai T-shirt lengan pendek berwarna merah jambu serta seluar panjang hitam.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi pegawai penyiasat, Sarjan Nyantung Libau di talian 012-8800945 atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran.

-FN

Tinggalkan komen anda