Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Naik Taraf SK To’ Bali: Usaha Kerajaan MADANI Perkukuh Pendidikan Luar Bandar

By 2 April 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Rosli Muhammad/Amir Hamizan (Pasir Puteh)

PASIR PUTEH, 2 Apr (MalaysiaAktif) – Kerja penaiktarafan Sekolah Kebangsaan (SK) To’ Bali, di sini menjadi bukti usaha Kerajaan Persekutuan dalam memperkukuh sistem pendidikan luar bandar yang sekali gus memberi manfaat besar kepada komuniti setempat di daerah ini.

Perbincangan sebelum sesi lawatan dimulakan di SK To’ Bali.

Projek di bawah seliaan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) itu bertujuan menjadikan sekolah berkenaan lebih selesa, selamat dan kondusif dalam menyokong proses pembelajaran murid secara berkesan.

Menurut Guru Besar SK To’ Bali, Mohd Azmi Mat Nor sekolah tersebut mula beroperasi pada 11 Jan 2026.

“Seramai 633 murid telah mendaftar dan ditempatkan dalam 24 kelas, manakala 47 orang guru serta enam kakitangan sokongan ditugaskan bagi memastikan pengurusan dan operasi sekolah berjalan lancar,” katanya, di sini kelmarin.

Beliau berkata demikian ketika di Program Jelajah Media @ ICU JPM Kelantan yang turut dihadiri Ketua Penolong Pengarah Seksyen Pemantauan dan Penilaian, ICU JPM Kelantan Noorazam Muhammad Noor.

Bangunan baru SK To’ Bali.

Antara skop utama projek termasuk pembinaan kemudahan seperti bangunan baharu, naik taraf bilik darjah serta penambahbaikan kemudahan asas seperti tandas, bekalan air dan sistem elektrik.

Kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) turut disediakan di Pusat Sumber sekolah sejajar dengan keperluan pembelajaran moden kepada pelajar.

-RI

Tinggalkan komen anda