Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Belia Kampung Tebakang Cipta Kelainan, Boling Raya Berbusana Tradisi Tarik Perhatian Komuniti

By 6 April 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Maznah Ngah/Ahmad Syafri Husnaini (Terengganu)

KUALA TERENGGANU, 6 April (MalaysiaAktif) – Sambutan Aidilfitri di Kampung Tebakang, Marang tahun ini sekali lagi tampil berbeza apabila Persatuan Belia Setia Pakat menganjurkan program unik Boling Busana Melayu Tradisi 2.0 yang menggabungkan sukan santai dengan elemen warisan budaya.

Penyertaan ahli keluarga serta kehadiran penduduk kampung mendapat sambutan hangat serta sokongan padu komuniti.

Seramai 120 peserta mengambil bahagian dan diwajibkan mengenakan busana raya lengkap, lelaki berbaju Melayu bersampin, manakala wanita pula anggun dengan persalinan tradisi Aidilfitri.

Penyertaan ahli keluarga serta kehadiran penduduk kampung mendapat sambutan hangat serta sokongan padu komuniti, malah menghidupkan semangat hari raya dalam cara yang cukup kreatif dan luar biasa serta menceriakan suasan di gelanggang boling,

Pengerusi Persatuan Belia Setia Pakat Kampung Tebakang Karim Ibrahim, berkata penganjuran program ini telah menjadi acara tahunan yang dinanti-nantikan.

Majlis Penutup Pertandingan Bowling ini disempurnakan oleh Presiden Majlis Belia Negeri Terengganu Mukhri Mamat.

“Program ini bukan sekadar aktiviti riadah, tetapi menjadi platform untuk mengeratkan hubungan silaturahim serta memperkukuh semangat perpaduan dalam kalangan komuniti. Persatuan belia sentiasa menjadikan nilai kebersamaan sebagai asas keharmonian kampung,” katanya ditemu bual di Coral Crown Bowl, di sini kelmarin.

Penganjuran ini bukan sahaja berjaya mencipta kelainan dalam sambutan Aidilfitri, malah menjadi contoh bagaimana elemen tradisi dan moden dapat digabungkan bagi menghidupkan semangat komuniti yang lebih erat dan harmoni.

-RI

Tinggalkan komen anda