Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Festival Seni Budaya dan Cabaran Wau Kedah 2026 Medium Penyatuan Masyarakat

By 6 April 2026Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Zulkarnain Rodzi (Kedah)

ALOR SETAR, 6 April (MalaysiaAktif) – Festival Seni Budaya dan Cabaran Wau Kedah 2026 mampu menjadi medium penyatuan masyarakat serta memperkenalkan warisan negara kepada generasi muda, kata Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Muhammad Faiz Fadzil.

Asmirul Anuar dan Muhammad Faiz melihat juri mengambil markah kecondongan tali wau sebagai kriteria penilaian pertandingan.

“Penganjuran seperti ini bukan sahaja mengangkat seni tradisional, malah memberi ruang kepada komuniti untuk terlibat secara aktif dalam aktiviti budaya,” katanya ketika merasmikan festival tersebut, di sini Jumaat lalu.

Festival selama tiga hari bermula 2 hingga 4 April lalu menghimpunkan kira-kira 600 peserta dalam pertandingan wau serta pelbagai acara sampingan yang menarik.

Pertandingan wau menjadi acara utama dengan penilaian dibuat berdasarkan tahap kecondongan tali wau di udara, sekali gus menguji kemahiran peserta dalam mengawal keseimbangan dan kestabilan penerbangan wau.

Yang Dipertua Majlis Kebudayaan Negeri Kedah Asmirul Anuar Aris, berkata penganjuran festival tersebut merupakan platform penting dalam memartabatkan seni budaya tempatan di samping mengeratkan hubungan masyarakat.

-RI

Tinggalkan komen anda