Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

YANEM Bantu Pendidikan Anak Nelayan Melalui Pelbagai Inisiatif

By 6 April 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Anuar Che Amat

ARAU, 6 April (MalaysiaAktif) – Yayasan Nelayan Malaysia (YANEM) terbukti berjaya membantu pendidikan anak-anak nelayan melalui pelbagai inisiatif seperti bantuan pendidikan, biasiswa kecil, bantuan peralatan sekolah, kelas bimbingan peperiksaan, program motivasi serta pembangunan kepimpinan pelajar.

Semua tetamu bergambar kenangan selepas selesai majlis.

Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Muhammad Faiz Fadzil berkata program berkenaan mencerminkan komitmen berterusan LKIM dan agensi berkaitan dalam menyokong kebajikan serta pembangunan pendidikan anak-anak nelayan di seluruh negara.

 

“YANEM yang ditubuhkan bagi membantu pendidikan anak-anak nelayan melalui pelbagai inisiatif seperti bantuan pendidikan, biasiswa kecil, bantuan peralatan sekolah, kelas bimbingan peperiksaan, program motivasi serta pembangunan kepimpinan pelajar,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan ke rumah pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sanglang Nur Diana Zahirah Yusni, di sini Jumaat lalu menerusi Program Ziarah Rahmah.

Kejayaan Nur Diana Zahirah mendapat keputusan 9A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM) 2025 mendapat perhatian kerana beliau berasal daripada keluarga nelayan.

Pada masa sama, Muhammad Faiz berkata Nur Diana Zahirah, 18, yang memperoleh 9A dalam peperiksaan berkenaan adalah bukti anak komuniti nelayan juga mampu mencapai kecemerlangan dalam pendidikan sekiranya diberi sokongan dan peluang sewajarnya.

Pada majlis tersebut beliau telah menyampaikan sumbangan sebanyak RM1,000 daripada LKIM, serta masing-masing RM500 daripada YANEM dan Persatuan Nelayan Negeri Perlis (PELARIS), selain bakul makanan daripada Persatuan Nelayan Kawasan Perlis Selatan.

Sementara itu, Nur Diana Zahirah yang berterima kasih atas sumbangan itu berjanji akan menggunakan segala sumbangan berkenaan untuk memajukan diri demi untuk membantu keluarga pada masa akan datang.

-RI

Tinggalkan komen anda