
Laporan/foto: Mohd Firdaus Mahmud/Sazli Abu Hasaan Az Zahri (Baling)
BALING, 6 April (MalaysiaAktif) – Pembukaan Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di Kampung Orang Asli (KOA) Lubuk Legong, di sini akan memperkukuh pendidikan agama dalam kalangan anak-anak masyarakat Orang Asli di kawasan tersebut.

40 orang pelajar Orang Asli yang terlibat dalam KAFA yang baharu ditubuhkan.
“Kerajaan sentiasa memberi perhatian terhadap kebajikan masyarakat Orang Asli melalui pelaksanaan program pendidikan agama seperti KAFA, khusus untuk generasi muda,” kata Pengarah Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Kedah (JHEIK) Dato’ Dr. Abdul Ghani Zainudin.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di Surau Nurul Hidayah, KOA Lubuk Legong, di sini semalam.
Menurut Pegawai Agama Daerah Baling Hakimin Hassan, seramai 40 orang pelajar telah mengikuti kelas berkenaan setakat ini.
“Sambutan daripada ibu bapa juga amat menggalakkan dalam memastikan anak-anak mereka mendapat pendidikan agama yang sempurna,” katanya.
-RI





