Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Penguasaan Teknologi perlu Diseimbangkan dengan Penghayatan al-Quran

By 14 April 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Amiruddin Adli/Fatihayatul Sadi (Terengganu)

KUALA TERENGGANU, 14 April (MalaysiaAktif) – Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim, mahu penguasaan teknologi diseimbangkan dengan penghayatan al-Quran bagi membentuk akhlak, memperkukuh kepimpinan serta memandu pembangunan negara ke arah lebih beretika dan berdaya tahan.

Perdana Menteri bersama Menteri Besar Terengganu Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr. Zulkifli Hasan mengaminkan doa di MTHQK 1447H/2026M di sini, malam tadi.

“Kita perkenalkan usaha memiliki ilmu dan menerokai ilmu dalam semua bidang termasuk teknologi baharu dan artificial intelligence (kecerdasan buatan), tetapi dalam masa yang sama tidak meninggalkan landasan tradisi,” katanya ketika merasmikan Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK) 1447H/2026M di sini, malam tadi.

Menurut beliau, keadaan dunia yang semakin mencabar menuntut umat Islam untuk melangkah seiring perkembangan teknologi tanpa mengabaikan asas agama dan nilai al-Quran.

Katanya, pendekatan ini penting bagi memastikan generasi muda, khususnya golongan huffaz, tidak hanya cemerlang dalam hafazan, tetapi turut berkemahiran tinggi dalam bidang teknologi dan inovasi.

“Kekuatan umat bukan hanya pada bacaan dan hafazan, tetapi pada penghayatan yang membentuk akhlak serta memandu kepimpinan,” ujarnya.

Antara orang ramai yang hadir memeriahkan MTHQK 1447H/2026M malam tadi

Dalam masa sama, beliau menegaskan bahawa Kerajaan MADANI akan terus memperkasa sistem pendidikan dengan mengintegrasikan ilmu agama dan teknologi moden bagi melahirkan generasi huffaz profesional.

Penganjuran MTHQK 2026 bukan sahaja menjadi platform memperdengarkan bacaan al-Quran, malah berperanan sebagai pemangkin kepada pembentukan generasi al-Quran yang relevan dan bersedia menghadapi era digital.

-RI

Tinggalkan komen anda