Skip to main content
Berita TempatanSarawak

Sumbangan Smartboard Perkasa Pendidikan Digital Luar Bandar Matu

By 14 April 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nurhayati Abdul Halim (Matu)

MATU, 14 Apr (MalaysiaAktif) – Usaha kerajaan Persekutuan dalam memperkasa pendidikan digital di luar bandar terus dipergiat menerusi penyerahan 21 unit Smartboard bernilai RM262,500 kepada sekolah-sekolah di daerah ini.

Sumbangan tersebut melibatkan dua buah sekolah menengah kebangsaan (SMK) dan 17 sekolah kebangsaan (SK) di bawah seliaan Pejabat Pendidikan Daerah Daro.

Ahli Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi berkata penggunaan Smartboard kini menjadi keperluan utama bagi memastikan pelajar luar bandar tidak ketinggalan dalam arus pendidikan digital.

Ahmad Johnie ketika menyampaikan ucapan perasmian semasa Sesi Penyerahan Smartboard Fasa 1 Sekolah-sekolah di Parlimen Igan.

“Peralatan ini mampu menyokong kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang lebih dinamik menerusi paparan visual serta animasi interaktif.

“Ia membolehkan guru memaparkan video pendidikan dengan lebih berkesan bagi menarik minat pelajar dan menjimatkan masa persediaan kelas kerana bahan digital dapat dipaparkan dengan lebih pantas,” katanya semasa Sesi Penyerahan Smartboard Fasa 1 Sekolah-sekolah Parlimen Igan, di sini hari ini.

Menurut beliau, inisiatif itu membuka peluang kepada pelajar menikmati persekitaran pembelajaran moden sekali gus meningkatkan tumpuan serta pencapaian akademik mereka.

Para pelajar kini berpeluang untuk merasai sendiri persekitaran pembelajaran yang jauh lebih moden dan menarik.

“Penyediaan teknologi ini memainkan peranan penting dalam merapatkan jurang digital antara sekolah bandar dan luar bandar. Langkah ini juga diambil bagi memastikan keseragaman kualiti PdP dapat dicapai di semua peringkat sekolah.

“Besarlah harapan saya agar guru dan pelajar memanfaatkan sepenuhnya kemudahan ini bagi meningkatkan kualiti pendidikan di Parlimen Igan,” katanya.

-RJ-

Tinggalkan komen anda