
Laporan/foto: Ainie Elah/Collin Kumar Ngalang (Sarikei)
SARIKEI, 19 April (MalaysiaAktif) – Penganjuran pameran kesihatan bersempena Sambutan Ulang Tahun ke-20 Hospital Sarikei menjadi platform utama dalam memperluas akses perkhidmatan perubatan kepada komuniti setempat.

Huang Tiong Sii berucap mengenai kepentingan kesedaran penjagaan kesihatan berterusan semasa merasmikan pameran kesihatan bersempena dua dekad penubuhan Hospital Sarikei.
Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi Dato’ Sri Huang Tiong Sii berkata program tersebut bukan sahaja mendekatkan perkhidmatan kepada masyarakat malah membantu meningkatkan kesedaran rakyat tentang kepentingan penjagaan kesihatan secara berterusan.
“Langkah ini amat penting dalam memastikan komuniti memperoleh maklumat tepat serta galakan untuk menjalani saringan kesihatan secara berkala,” katanya ketika merasmikan sambutan tersebut, di sini semalam.
Pengarah Hospital Sarikei, Dr. Mohamad Ng Siah Huat memberitahu penganjuran pameran itu merupakan inisiatif hospital bagi membolehkan orang ramai mendapatkan nasihat terus daripada petugas pakar.
Pengunjung, Uching Kuling, 55, berkata pameran berkenaan memberi manfaat besar khususnya kepada penduduk luar bandar untuk mendapatkan ilmu mengenai penjagaan kendiri.
-RJ-





