Skip to main content
Berita TempatanSarawak

Program Rakan Bumi Semai Kesedaran Hijau Dalam Kalangan Belia Sarikei

By 26 April 2026April 27th, 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Ainie Elah (Sarikei)

SARIKEI, 26 April (MalaysiaAktif) – Program Rakan Bumi: Projek Planet Rakan Muda Peringkat Negeri Sarawak 2026 yang berlangsung semalam berjaya menarik penglibatan aktif golongan belia dalam usaha memupuk kesedaran terhadap kelestarian alam sekitar di Taman Lalulintas MDS.

Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak Hafizah Dahlan berkata program sedemikian mampu meningkatkan kesedaran remaja terhadap tanggungjawab memelihara alam sekitar serta melahirkan generasi yang lebih peka dan proaktif.

“Pilihlah untuk menjadi penduduk bumi yang bukan sahaja menggunakan alam untuk kelangsungan hidup, malah menjadikan alam semula jadi tempat yang aman dan bersih untuk didiami.

“Penglibatan aktif golongan belia amat penting bagi melahirkan generasi muda yang lebih bertanggungjawab serta peka terhadap kepentingan pemeliharaan alam sekitar dalam komuniti masing-masing,” katanya ketika berucap menyempurnakan program berkenaan.

Antara pengisian utama ialah aktiviti penanaman pokok Bucida Molinetii sebagai simbol komitmen terhadap pemeliharaan alam sekitar, selain penyerahan anak pokok kepada Penolong Pegawai Perpaduan Bahagian Sarikei, Johny Banyang sebagai tanda sokongan terhadap usaha penghijauan berterusan.

Program turut diserikan dengan pelbagai aktiviti menarik seperti Fun Trail RC (4×4), Eco Adventure dan Treasure Hunt, Aktiviti Hijaukan Bumi, pameran hijau, pertandingan model teknologi hijau serta gotong-royong membersihkan kawasan sekitar.

Salah seorang peserta, Abyll Joy Milai, 15, dari SMK St. Anthony, Sarikei, meluahkan rasa teruja apabila berpeluang menyertai aktiviti Mari Mencuba Fun Trail RC (4×4) buat pertama kali.

“Saya sangat gembira kerana dapat mencuba sesuatu yang baharu. Walaupun mencabar, aktiviti ini mengajar saya untuk lebih berusaha dalam mengatasi setiap halangan,” katanya kepada Malaysia Aktif, semalam.

-RJ-

Tinggalkan komen anda