Skip to main content
Berita TempatanSarawak

Projek Jalan Tellian Bypass Tingkat Akses, Rangsang Ekonomi Mukah

By 27 April 2026Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Salleh Immun/Tarmizi Karnain (Mukah)

MUKAH, 27 April (MalaysiaAktif) – Projek pembinaan Jalan Tellian Bypass sepanjang 2.6 kilometer (km) yang menghubungkan Jalan Mukah-Balingian ke Jalan Ulu Tellian–Penakub Bazaar dijangka meningkatkan kesalinghubungan dan merangsang pertumbuhan sosioekonomi penduduk setempat.

Projek tersebut dijangka juga mampu mengurangkan kesesakan trafik di laluan sedia ada selain mempercepatkan masa perjalanan.

Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak, Datuk Ir. Aidel Lariwoo berkata projek berkenaan merupakan inisiatif penting kerajaan negeri dalam memperkukuh rangkaian jalan raya di Mukah.

“Kerajaan komited untuk memastikan setiap projek infrastruktur dilaksanakan dengan cekap dan berkesan bagi manfaat rakyat,” katanya ketika mengadakan lawatan kerja ke tapak projek tersebut, di sini hari ini.

Menurut Aidel, pemantauan berkala dilakukan bagi memastikan semua pihak terlibat mematuhi spesifikasi serta garis masa yang telah ditetapkan.

Sementara itu, Jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Mukah, Awang Dasuki Awang Dol memaklumkan projek kini berada pada landasan yang baik meskipun berdepan cabaran teknikal awal.

“Langkah penyelarasan proaktif telah diambil bagi memastikan sebarang kelewatan dapat diminimumkan dan projek disiapkan mengikut perancangan,” katanya.

-RJ-

Tinggalkan komen anda